Wednesday, March 10, 2010

HIDUP INI SEPERTI .......



Tika kita dilahirkan ke dunia...pernahkah kita tersedar bahawa pada ketika itu,jari jemari halus kita masih mengenggam erat seperti terdapat sesuatu didalamnya.Pastinya pada ketika itu kita tidak menyedarinya bahawa itulah "amanah" yang kita genggam tika mana kita bersumpah dan berjanji di hadapan ALLAH s.w.t sebelum kita dijadikan...Dan apabila kita semakin membesar dan ke peringkat dewasa,kita semakin melepaskan genggaman tersebut.Adakah kita melupainya..? Sudah tentu sekali,jadi dengan peringatan yang telah saya usulkan ini jadikanlah ia sebagai peringatan untuk diri kita bersama.Insya ALLAH..Sama-samalah kita menadah tangan kehadrat ALLAH untuk meminta keampunan diatas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dalam keadaan kita sedar mahupun sebaliknya.

Sidang Pembaca Budiman,


Setelah itu,tangan yang dahulunya yang pernah digunakan oleh kita berikrar,berjanji dan mengenggam amanah dihadapan Kehadrat ALLAH Rabbul i'zzati,sepasang tangan yang amat mulia dan berharga yang telah dukurniakan oleh ALLAH s.w.t kita gunakannya pada hari ini untuk pelbagai kegunaan yang mengikut hawa dan nafsu.Yang mana kita sangkakan kita gunakan ia kearah kebaikan tetapi hakikatnya kita meruntuhkan Agama Islam kita sendiri,meruntuhkan serta menghancurkan amanah yang pernah kita genggam dahulunya.Pernah terfikirkah kita tentang itu...? Pastinya "YA" tetapi kerana nafsu i'marah yang semakin membara,ia merabunkan dan seterusnya membutakan mata hati kita.Alangkah lalainya diri kita.Sedang membaca artikel ini pun masih ada dikalangan kita yang dalam diam ia merelakan nafsu i'marahnya membara didalam diri.Na'uzubiLLAH min zaalik..


Sidang Pembaca yang dihormati,


Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan kecuali manusia yang dipilih oleh RABBul i'zzati seperti Ar Rasul dan An Nabi a'laihimussolatu was salam.Jadi saya nasihatkan pada diri saya dan juga sidang pembaca yang budiman agar sama-samalah kita islah nafsi dan perbetulkan segala yang bengkok,agar kita tidak mengikut jejak fikiran orang-orang jahiliyyah yang selalu menjatuhkan hukum pada orang lain bahawa si fulan atau si fulanah itu salah dan sesat.Tetapi berfikiranlah dengan rasional dan positive bahawa jalan dakwah ini mempunyai banyak jalan tetapi hala tujunya hanyalah 1 iaitu menuju kehadrat ALLAH Rabbul i'zzati.

Semoga kita mendapat perlindungan daripada ALLAH yang Maha Esa...


waLLAHu a'lam...






1 Comments:

Blogger SEMANGAT!!! said...

Mudahan ilmu anta barakah

October 12, 2012 at 8:48 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home