Friday, June 26, 2009

Ya Akhuwaati ...?



Apa khabar wahai saudaraku yang sedang menanti-nanti Nur Hidayah daripada RABBUNA JALAALAH..Terlebih dahulu marilah sama-sama kita BerIstighfar kehadrat ALLAH s.w.t diatas segala dosa-dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan..Tidak usah kita pandang jauh kebelakang diatas apa yang telah kita lakukan,tetapi cuba kita berfikir sejenak......kita bangun dari pagi tadi hingga sekarang apa yang telah kita lakukan..Apa kebaikan yang telah kita lakukan dan apa kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan...apakah kita bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana telah memberi kita peluang kali ini untuk menjadi hambanya yang berIMAN kepadanya?? Tepuk dada,tanyalah HATI kita...Selawat dan salam juga kita ucapkan kepada Junjungan Besar kita MUHAMMAD s.a.w wa HabibiLLAH serta kepada ahli kerabat baginda dan juga sahabat-sahabat Baginda yang telah gugur syahid untuk mempertahankan,mendaulatkan serta memartabatkan ISLAM.. tetapi apakah yang telah kita lakukan demi meneruskan memperjuangkan perjuangan para syuhada pada zaman RasuliLLAH???

Saudari-saudari,moga-mogahan kita mendapat keredhoan daripadaNYA..

Tajuk artikle kita pada kali ini ingin membahaskan tentang ''Tingginya Maruah Seorang Muslimah di mata ISLAM dan Betapa Hinanya Seorang Muslimah di zaman Jahiliyyah'' seperti yang pernah disabdakan HabibiLLAH s.a.w...Terlebih dahulu ingin saya mohon kemaafan jika artikle kali ini terlalu kontroversi...Apa yang sama-sama kita ketahui,sejarah ISLAM telah terukir tentang kedudukan wanita pada zaman Jahiliyyah...Wanita dijadikan hamba nafsu kepada seorang lelaki bahkan lebih daripada itu...Anak dan Bayi perempuan ditanam hidup-hidup tanpa belas kasihan...Kata mereka pada ketika itu,wanita pembawa sial dan nasib malang kepada sesuatu kaum itu serta mangaibkan,kerana wanita amat lemah,tidak boleh menghunus pedang di medan perang...Maka dibunuh hidup-hidup...Omar al-khattab sebelum menemui Nur ISLAM,beliau juga melakukan perbuatan tersebut,anak perempuannya telah dikambus hidup-hidup kedalam padang pasir yang cahaya mentarinya amat terik tanpa sepohon pun pokok ataupun tumbuh-tumbuhan akibat telah taksub dengan fahaman Jahiliyyah...Setelah beliau menemui Nur ISLAM,beliau menangis seperti kanak-kanak apabila terkenang peristiwa itu..Bayangkan betapa sedihnya perasaan "amirul mukminin" pada ketika itu........

Kita tinggalkan sejarah zaman Jahiliyyah buat seketika...

Sidang pembaca yang dihormati sekalian,

Jika anda berpendapat manusia pada zaman Jahiliyyah amat kejam dan amat zalim terhadap kanak-kanak perempuan dan kaum wanita,anda telah tersalah tafsiran...patut berasa malu umat manusia pada zaman sekarang mengaku sebagai Umat HabibiLLAH s.a.w...Malu rasanya apabila kita hendak bertemu dengan Junjungan Besar kita MUHAMMAD s.a.w di hari perhintungan nanti...persoalannya,ApakahAsaa sebabnya??? Cuba kita pandang dalam-dalam di suatu sudut ditanah tumpahnya darah nenek-moyang kita,tanah tumpahnya darah kedua ibu dan bapa kita,tanah tumpahnya darah kakak,abang dan adik kita malah yang lebih memilukan lagi,tanah tumpahnya darah kita sendiri...apa yang telah terjadi kepada Bumi Malaysia yang telah diiktiraf oleh Negara-Negara Islam sedunia sebagai salah sebuah Negara Islam??? Keadaannya lebih kejam,zalim malah lebih dasyat daripada apa yang kita bacakan tentang sejarah zaman Jahiliyyah seketika tadi...Telah kita bacakan peristiwa yang telah berlaku pada zaman Jahiliyyah bahawasanya kanak-kanak perempuan telah ditanam dan dikambus hidup-hidup,tatapi pada zaman yang sedang kita banggakan ini lebih dasyat yang telah berlaku disekelilingi kita pada setiap masa...Bayi Lelaki dan Perempuan ditanam,dijerut leher dengan tali pusat,ditikam dengan pisau,malah yang lebih mengerikan lagi ada yang sanggup anaknya yang baru dilahirkan sebagai santapan kepada anjing-anjing buas...Wanita pula bukan sahaja dijadikan sebagai hamba nafsu binatang kepada seorang manusia yang bertopengkan serigala,tetapi lebih daripada itu,mereka dijadikan sebagai tempat melepaskan marah,ditendang,ditumbuk malah sampai kesatu tahap serigala yang bertopengkan manusia ini sanggup membunuh wanita yang bergelar ''isteri''....

Akhuwati yang dihormati sekalian,

Lihatlah bertapa kejam dan zalimnya manusia yang bernama ''lelaki''...Oleh itu,dinasihatkan kepada muslimah yang sedang membaca artikle ini,artikle ini dikarang khas untuk saudari-saudari yang sekarang ini mungkin sedang termakan "rezeki'' daripada pemangsa wanita suci yang bernama ''lelaki''...Lelaki mungkin adalah penyebab kepada muslimat itu jatuh kejurang Neraka,manakala wanita itu mungkin penyebab kepada muslimin jatuh kejurang Neraka...Maka untuk mengelak daripada langkahnya kaki kita kepintu Neraka,kita ubahlah haluan kaki kita kepintu yang diredhoiNYA iaitu pintu ''nikah''.

WaLLAHu a'lam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home