Friday, February 6, 2009

Siapakah Kita...??


Asalamu'ALAIKUM...? Wahai saudara-saudaraku yang sedang meniti jalan keredoan ALLAH s.w.t...Ingatlah kalian bahawa didalam jasad yang dijadikan oleh ALLAH s.w.t daripada setitis air yang hina lagi dicampurkan dengan setitis darah yang amat kotor maka digaulkan kedua-duanya dan terhasillah seorang insan,maka ALLAH s.w.t telah menggangkat darjat yang hina tadi menjadi seorang Khalifah di muka Bumi ALLAH s.w.t ini...
Sedarlah kalian bahawa ,ALLAH s.w.t sentiasa melihat gerak-geri kita walaupun di mana kita berada,walaupun sekarang anda berseorangan berhadapan dengan komputer dan sedang membaca artikel ini,maka ingatlah bahawa ALLAH s.w.t Maha Melihat apa yang anda kerjakan...Sabda RasuluLLAH s.a.w yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menjadi seperti Kambing Betina yang menekori 2 ekor Kambing Jantan,sekejap ia pergi ke seekor Jantan dan sekejap lagi ia pergi ke seekor Jantan lagi...".Beginilah diri kita selama ini,dihadapan berjubah-bertudung,berkopiah-berserban tetapi dijauh pandangan mata sanak saudara berskirt dan berseluar pendek..Begitukah hamba ALLAH s.w.t yang selama ini bersaksikan ALLAH SEBAGAI TUHAN YANG DISEMBAH & MUHAMMAD PESURUHNYA??? Jangan kita bercakap tentang ISLAM jika diri kita masih lagi tenggelam!!!
Kembalilah kita semua ke jalan ALLAH s.w.t..Jangan jadikan diri kita seperti Kambing Betina yang menggekori 2 Kambing Jantan!!! Kisah yang terjadi di Indonesia hangat diperkatakan walaupun sudah lama berlaku..Kisah tentang anak durhaka yang bernama Si Tanggang.. Didalam episod yang menceritakan tentang Si Tanggang yang telah mula melupakan jasa Ibunya yang telah memeliharanya sejak DARI kecil seperti MENATANG MINYAK YANG PENUH telah dipersalahkan...Sebenarnya salah siapa yang menyebabkan Si Tanggang menjadi sebegitu??? Saya yang lemah ini merasakan bahawa sidang pembaca pasti telah menggetahui kisah yang popular ini yang terjadi di Bumi Indonesia..Apakah salah orang kampung yang selama ini menghina kemiskinan keluarga Si Tanggang??? Apakah salah Ibunya yang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya??? Ataupun adakah salah si Isteri yang mengira status keluarga mereka??? Sidang pembaca pasti sudah ada jawapan tersendiri..tapi yang pastinya,pihak yang saya kemukakan tadi tidak bersalah...Adakah kita ingin terus salahkan orang lain..?? Cubalah kita terima hakikat bahawa diri kitalah yang menyebabkan perkara itu terjadi...Jika anda fikir masyarakat kampung yang salah,diri kita pun terlibat dalam kritikan tersebut walaupun bukan secara Zohiri...Jika anda salahkan diri Si Tanggang,maka itulah diri kita yang mempunyai ego yang tinggi serta tidak mahu menerima hakikat bahawa diri kita amat lemah serta kerdil..Jika anda salahkan diri Si Ibu,itu jugak boleh menjadi diri kita kerana kita tidak mampu memberikan didikan agama kepada orang yang kita sayangi..
Oleh itu,Jika sidang pembaca tahu bahawa diri sidang kita masih tidak mampu mengajak orang yang kita sayangi ke arah kebaikan,maka teruslah berusaha untuk memperbaiki diri kita bersama yang sedang dalam "kerosakan yang nyata"...

waLLAHu a'lam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home